Kausar Mahabah

Bookmark and Share
Kausar Mahabah

abadilah kausar mahabah dalam halkum lahad rahsiaNya tatkala telah tercipta lurah arah segala anugerah bersemadi damai, tanpa kelihatan tanda atau kedengaran degup di mana-mana cahaya telah menyembunyikan wujudnya dalam Wujud kerana sumber azali telah memaktubkan setiap peristiwa. hanya gumam tenggelam dalam rahsia yang selamanya tidak terbongkar diharumi cahaya damai saat di mana-mana jua tiada lagi apa-apa selain fana dan menerima anugerahNya tanpa berpaling.


Kumpulan Puisi:Kembali di Lahad Rahsia
HASYUDA ABADI
Pustaka Iqbal Nazim
Kota Kinabalu, Sabah.
8 Rabiulawal 1429H



{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar